Assalammualaikum,
Ini adalah sebuah cerpen seorang hati didalam perjalanan tassauf.
Betapa sugul si hati halus apabila di hentak-hentak,di
henyak-henyak oleh hati sombong,ego,hasad dan seonar dengannya,saat hati halus
ini sedang menjalani liku-liku tebing-tebing yang curam dan baru-batu tajam
yang menyucuk-yucuk,menolak-nolak agar hati halus ini tergelincir lalu
tersungkur melutut dihadapan kebinasaan lalu mati.Saat hati halus ini
memerlukan bimbingan dan kecintaaan akan tetapi dibalas dengan kebencian oleh
hati-hati yang lain.Tapi hati halus terus tabah dan cekal menjalani kerana
yakin dengan hidayah yang diperoleh dari cinta yang Maha Esa.
Hati halus terus melangkah dengan
bersungguh-sungguh walaupun merangkak-rangkak mengatur langkah agar dapat sampai
ke puncak,walaupun hati halus sendiri tidak pasti apakah kejayaan yang akan
ditemui ataupun kesialan yang sedang menanti?.Setibanya di belukar yang kelam
si hati halus terhenti seketika dek kerana pandangannya yang terhalang untuk
perjalanan diteruskan.Sedang ia berehat-rehat di bawah sebatang pokok datang
seorang hati yang menyapa dan memperkenalkan dirinya sebagai hati sesat.Hati
sesat dengan penuh kobarnya mencuba menyesatkan si hati halus dengan
janji-janji manis.,keindahan-keindahan dunia,berseronok-seronok dengan isinya
yang mana sebenarnya hanyalah sebuah fatamorgana sahaja.Jika mahu diikutkan
kesedihan dan kepenatan yang dialaminya mahu sahaja dia mengikut kata-kata si
hati sesat itu dapat juga dia berseronok-seronok di alam dunia itu.Tetapi di
sebalik kehalusan hatinya itu ada keteguhan dan ketetapan yakni pada yang Satu
yang diyakini sering membantu.
Tidak mahu lagi dia terjerumus lagi
kekancah kehinaan yang pernah dilaluinya dulu.Hidup penu dengan kemungkaran dan
kemaksiatan.Setiap hari ada sahaja perkara-perkara dosa yang mahu dilakukannya,apatah lagi pada
waktu itu ramai sahabat-sahabat hati yang lain-lain turut bersama dengannya
terjerumus ke lubang kehinaan.Tetapi semenjak dia mendapat hidayah dari yang
Esa ini,sahabat-sahabat yang dulu berpaling kepadanya malah terus mencaci
kepadanya.betapa pilunya si hati halus,terpaksa menjalani perjalanan ini
sendirian tanpa ada teman disisi.Maka berjalanlah si hati halus sehingga tiba
di belukar yang kelam ini dan bertemu dengan hati sesat,tetapi dengan semangat yang
tekad si hati halus Berjaya bertemu dengan cahaya di sebalik belukar lalu dia
berlari meninggalkan si hati sesat di dalam belukar yang kelam itu
sendirian.Didalam lariannya menuju cahaya terlihat lah olehnya di kiri dan
kanannya banyak hati-hati yang sedang leka dan lalai,berseronok dengan alam
dunia yang sebenarnya hanyalah fatamorgana itu.Mereka itu telah berjaya
disesatkan oleh hati sesat.
Sekeluarnya dari belukar itu hati halus
terlihat cantiknya pelangi yang muncul dipetang hari.Betapa gembiranya si hati
halus apabila dihampirinya pelangi itu terdapat ramai hati-hati yang suci,putih
dan bersih yang sama sepertinya juga mendapat cahaya dari Tuhan yang maha Esa.Bersama-sama
memanjat-manjat tangga sang pelangi untuk menuju kepuncak yang di idami.Sewaktu
di dalam pendakian itu bertemu lah si hati halus dengan si hati suci,dan mereka
menjadi sahabat yang baik sepanjang perjalanan itu.Si hati suci banyak
memberikan nasihat dan pandangan kepada si hati halus,diberikannya ilmu yang
pernah dipelajarinya,katanya dengan ilmu itu nanti dapatlah dijadikan bekalan
untuk sampai kepuncak nanti.Berbulan-bulan mereka mendaki pelangi itu tetapi
tidak juga sampai-sampai kepuncak.Tetapi mereka tetap tekun mendaki
tangga-tangga pelangi itu seperti mana tekunnya si hati suci mengajarkan ilmu
kepada hati halus.
Sehinggalah pada satu ketika si hati halus bertanya
kepada hati suci apakah yang ada di puncak itu sebenarnya? Kerana sudah lama
dia ingin mengetahui jawapannya.Akan tetapi persoalannya dijawab dengan kurang enak
si hati suci,kerana baginya persoalan itu tidak patut wujud dan hati halus
baginya sudah menderhaka kerana mempunyai persoalan seperti itu.Lalu dalam
keadaan yang marah maka ditinggalkannya hati halus mendaki tangga pelangi itu
sendirian kerana tidak mahu dia bersama dengan hati halus yang dikatanya
menderhaka itu.Hati halus benar-benar berasa hiba,hanya kerana satu persoalan
yang terbuku dia marahi dan dibiarkan sendirian dan bukannya dibimbing apatah
lagi diperbetulkan.Tetapi hati halus masih sahaja meneruskan pendakiannya di
tangga pelangi itu kerana dia tetap yakin dengan Tuhannya yang tunggal itu.
Setibanyanya di penghujung tangga-tangga
pelangi itu barulah si hati halus menyedari bawasanya perjalanannya bukanlah
mendaki kepuncak,tetapi hanyalah untuk melihat puncak sesudah itu kembali turun
kebawah semula.Selama berbulan-bulan dia dan hati-hati yang lain tertipu
kononnya perjalanan mereka menuju ke puncak.Dilihatnya hati-hati yang lain
sedang bermesyuarat mencari jalan yang lain untuk terus mendaki,dan dilihatnya
si hati suci berbisik-bisik kepada mereka sambil memandang-mandang ke hati
halus lalu mereka terus menjauhkan diri.Dengan perasaan yang hiba hati halus
mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan seorang diri dan hanya berserah
kepada kekasihnya yang Satu itu.
Setelah puas mengembara diatas pelangi yang
diharapkan menyinari lubuk hati itu,perjalanan si hati halus bertemu pula
dengan kesurupan malam yang penuh dengan kedinginan yang menusuk-nusuk
kecelah-celah nurani.tidak ada cahaya,tidak ada petunjuk tidak ada teman terus
membuatkan si hati halus menangis teresak-esak kerana kesedihan yang teramat
menikam-nikam dirinya itu.
Setibanya di persimpangan si hati halus
terhenti sejenak,jalan manakah yang harus di ambilnya,jalan kirikah atau jalan
kanankah.Berhari-hari dia berada di persimpangan itu,fikirannya buntu,akhirnya
dia memilih jalan kanan kerana permintaan alam yang sering mengatakan kanan itu
lebih baik dari kiri.Maka berjalanlah si hati halus mengikuti haluan yang di pilihnya.seperjalanannya
tanpa disedari dia ditegur oleh seorang hati yang tidak dia perasan daripada
munculnya hati itu.Hati itu memperkenalkan diri sebagai hati tenang,katanya dia
juga seorang pengembara ke puncak yang sudah berjaya tiba di sana dan dalam
perjalanan pulang.Hati halus berasa amat teruja dengan perkenalannya bersama
hati tenang,lalu dengan gopoh-gapah di Tanyakan kepada hati tenang apakah yang
berada di puncak itu.Hati tenang hanya tersenyum sinis,dikatakan kepada hati
halus.
“Wahai hamba Tuhan mari aku ceritakan apa
yang sebenarnya hala dan tujuan kamu.Janganlah kamu bersusah-payah,berperit
lelah mencari apa yang ada di puncak itu.Sesungguhnya Tuhan kamu sudah
memberikan kamu kesenangan dan kesedapan di atas dunia ini.Sesungguhnya perjalanan
kamu kesana hanyalah sia-sia,kerana kamu dituntut untuk bersuka-ria diatas muka
bumi ini”.Berkata hati tenang lagi “bukankah kelahiran kamu di dunia ini adalah
kerana keseronokan ibu dan bapa kamu?”.Jadi mengapakah kamu menyempitkan
fikiran kamu untuk mengetahui apa yang berada di puncak sana?”.Lalu berkata
pula si hati halus,”bukankah dunia ini adalah tempat yang dikeji maka kerana
itulah si Adam dicampakkan ke dunia dan
dikeluarkan dari syurga yang indah kerana mengingkari Tuhan nya?”.Lalu berkata
si hati tenang,”tidakkah engkau sedar si Adam di ciptakan didalam keadaan yang
mulia hanya daripada tanah hinggakan si syaitan mengingkari perintah Tuhan nya
kerana merasakan dirinya lebih mulia dari si Adam,lalu Tuhan nya bersumpah si
syaitan tidak akan pernah mencium bauan syurga dan di campakkan kedalam neraka
selama-lamanya.Akan tetapi si Adam yang mengingkari Tuhannya hanya dicampakkan
ke dunia dan di pisahkan sementara dengan si Hawa tetapi dengan memohon
keampunan kepada Tuhannya mereka di temukan kembali dan menikmati kehidupan
dunia sehingga melahirkan zuriat yang melimpah-limpah diatas dunia dan setelah
dimatikan mereka kembali ke syurga yang maha indah itu”.
Si hati halus terdiam seketika mendengarkan
kata-kata si hati tenang itu.Jauh di sudut hatinya terpesona dengan isi kata
itu.Lalu berkata lagi si hati tenang,”sudahlah wahai hati,marilah kau
mengekoriku dan menerutiku sesungguhnya aku telah temui apa yang dikatakan
kehidupan itu.Bergembiralah engkau diatas dunia ini kerana di syurga nanti adalah
tempat hati-hati bersuka ria,maka jika engkau bersedih durja diatas dunia ini
masakan engkau boleh memasuki syurga yang serba seronok itu?”.
Hatta terikutlah si hati halus kepada hati
tenang yang nama sebenarnya adalah ‘hati syaitan’ yang bertopengkan hati
tenang.Maka terperosoklah si hati halus kembali kedunia yang maha keji
itu,kembali lah dia ke kancah kemaksiatan dan kemungkaran.Berhiburlah dia
dengan sesuka hatinya,tidaklah dia kenal malam atau siang lagi kerana dia telah
terjerumus juga di dalam fatamogana yang di cipta oleh hati sesat maka
bergelaklah,bergembiralah dia bersama-sama dengan hati-hati yang lain yang
turut sama di sogok dengan keduniaan yang telah memeluk erat mereka lalu
menjadi lemah dan longlai dan akhirnya menjadi bangkai.
Segala jalan yang payah yang lelah selama
ini dilaluinya telah dilupai kembali,cahaya yang dulu kurniakan Tuhannya kini
semakin malap di telan kemungkaran.tidak langsung diingati nya kerana
kesenangan telah beraja di dalam diri.
Tetapi keindahan yang di sangka hakiki
akhirnya memaki diri lalu memakan diri.Si hati hati halus akhirnya tersungkur
tersembam sekali lagi dan kali ini lebih sakit dan parah.Si perit datang
menghina lalu menjadi barah yang mengigit-gigit dan menikam-nikam membunuh si hati halus sedikit demi
sedikit.Si hati halus jatuh rebah tidak ada daya lagi dirinya untuk bangkit
berdiri apatah lagi berjalan.Pada saat itulah si hati syaitan dan hati sesat
menunjukkan diri mereka yang sebenar sambil ketawa berdekah-dekah di hadapan
hati halus.Betapa terperanjatnya si hati halus melihat wajah mereka yang
sebenar itu.
Tapi apakan daya semuanya sudah terlambat
dan dia sudah tiada daya lagi untuk melakukan apa-apa lagi.Maka si hati halus
di campak keluar oleh hati sesat keluar dari fatamorgana dunia itu lalu
terbukalah kembali hijab si halus akan dunia yang
sebenarnya.Kegelapan,usang,dingin,keji,itulah yang ada di hadapannya.
Haluannya yang dulu dilaluinya kini
terlihat kembali nun jauh di hujung sana kelihatannya puncak masih tersergam indah
untuk dicapainya.Tapi apakan daya kali ini dia sudah tidak mampu lagi untuk
meneruskan pengembaraannya.Menangis dan menangis itulah yang mampu dilakukannya
hari demi hari menunggu ajalnya yang kian hampir.Tapi dek kerana cinta Tuhannya
kepada hambanya masih lagi diberikan peluang kepada hambanya,dengan mengatakan
kepada si hati halus “mohonlah keampunan kepada Tuhanmu sesungguhnya Tuhanmu
itu maha pengampun”.Lalu si hati halus mengangkat tangan seraya berdoa.
Ya Tuhan,
Sesungguhnya engkau maha pengasihani,walau
apapun perlakuan dan kebinasaan yang aku lakukan tetapi engkau tetap maha
pengasih,maka terimalah taubat ku ini Ya Tuhan.Ampunkanlah aku wahai Tuhan yang
maha adil.Tiada apa lagi yang aku mahukan selain daripada hanya keampunan
dariMu Ya Tuhan,ampunkan aku,ampunkan aku,ampunkan aku.
Seraya itu maka matilah
si hati halus seusai doanya dikabulkan Tuhannya yang maha tahu.Perginya si hati
halus di dalam keadaan senyuman terukir di bibir kerana perjalanannya kali ini
tidak memerlukan dia bergerak,tetapi Tuhannya menggerakkannya dengan kekuasaannya
menuju ke alam cinta yang indah lagi haq dan bukan lagi fatamorgana.Maka
hinggalah akhir hikayat si hati halus masih tidak tahu apakah yang menanti di
hujung puncak itu,adakah kejayaan ataupun kebinasaan yang menanti,tetapi masih
lagi dikejar oleh hati-hati yang lain di atas dunia itu.Tapi si hati halus
akhirnya mengerti,walaupun perit haluan hidupnya,dipenuhi dengan
kebencian,kesedihan,godaan,kesesatan dan kehinaan pada akhirnya hanya keampunan
yang diingini,dari Tuhannya yang maha mengerti.
-Yusoff Maulana -