Hari ini si Mat Jenin kelihatannya sangat
gembira, semenjak pulang dari negara barat, selepas berjaya memenangi
pertandingan tarian lilin peringkat Negeri Sembilan maka dijemput pula
melakukan persembahan di negara barat sana.Lagaknya pula semakin sombong, tidak
lagi melepak di kedai kopi hujung kampung.Tiada kelas katanya.Namanya pula
sudah ditukar ganti, dimarahi pula jika memanggilnya Mat Jenin.Disuruhnya orang
memanggilnya Mad Gein.”Memang sesuai dengan tingkahnya yang gila”, kata Khairul
Supian anak watan kampung berijazah sarjana muda universiti swasta Kuala
Lumpur.Menyampah dia dengan karenah si Jenin itu, sedang dia pula runsing
dengan hutang ptptn yang tertangguh itu.Si Jenin pula datang mengganggu.
Mat Jenin tidak lagi bekerja memetik buah
kelapa yang dilakukannya dahulu.Tiada masa depan katanya, “Kita mesti
berpandangan jauh, bangsa kita ni bodoh! Suka melepak kedai kopi saja,orang
dibarat itu kopinya saja berharga berpuluh ringgit secawan, senyum saja mereka
membayarnya, orang kita ini kopi secawan seringgit pun mahu dimasukkan buku
555” kata Mat Jenin menempelak.Menyirap si Pak Wan Samsudin, qariah surau
kampung yang baru pencen askar.Sedang dia juga masih belum lunas hutang kopinya
di warung Osman Majid yang semakin bertambah-tambah.Berapa sangatlah pencen
askar yang diterimanya setiap bulan.Anaknya saja ada 5 orang lagi yang masih
bersekolah.
Mat Jenin kini sudah pandai ‘speaking
London’.’hau wa yu’.’wat du yu du’.’I makan yus sudu wif garpu’.Itulah serba
sedikit yang di pelajarinya dengan Kong Kai Kong seorang cina mekanik basikal
yang mengikutinya bersama-sama ke negara barat melakukan persembahan.Peduli apa
dengan kata-kata orang walaupun si Kong Kai Kong hanya si mekanik basikal
tetapi dengan kegigihannya berjaya juga dia memenangi pertandingan tarian lilin
bersama dengan Mat Jenin dan membuktikan kepada sekalian kampung.
Mat Jenin melopong berkhayal-khayal di
ketepian tangga rumah peninggalan pusaka nenek moyangnya yang sudah semakin
usang itu.Fikirannya terbayang-bayang lagi lenggok-lenggok semasa
persembahannya di negara barat itu.Di usap-usap baju yang ditempah khas kerja ‘designer’ terkenal Jimmy Chong yang
penuh dengan ‘labuchi-labuchi’ yang mengerlip-gerlip mata memandang hasil
daripada dana kerajaan kepadanya.Ah! bagaikan bintang besar semasa dia di
negara barat itu, di sambut dengan karpet merah,persembahan pula di atas pentas
besar dan hebat,wartawan pula sibuk menemu ramah dia bagaikan ‘Superstar’.Tapi sayang
itu hanya angan-angan sahaja, sedang dia hanya melakukan persembahan disekolah
kanak-kanak istimewa anjuran kedutaan Malaysia di negara barat.
Esoknya tiba,Jenin mengambil keputusan
untuk berjalan-jalan di pekan memandangkan banyak masa yang terluang tidak tahu
mahu dilakukan apa.duit upah yang diberikan kerajaan masih ada lagi, cukup
untuk menampungnya seminggu lagi.Sedang dia berjalan-jalan mencuci mata,
terserempak pula dengan kekasih lamanya si Ramlah Nor anak Pak Sulaiman Ismet
pemilik kebun pisang terbesar dikampungnya.Teringat saat perpisahannya bersama
dengan Ramlah Nor dahulu, Pak Sulaiman Ismet
tidak merestui perhubungan mereka kerana katanya si Jenin ini tidak ada
masa depan.”Engkau ni tak layak menjadi menantu aku,kerjanya berkhayal
sahaja,kalau aku bagi engkau kerjakan kebun pisang aku nanti habis pisangnya
tinggal daunnya sahaja” kata Pak Sulaiman Ismet.Sedih dan sayu hati si Jenin
terpaksa Berpisah dengan Ramlah Nor satu-satunya wanita yang pernah menerimanya
menjadi kekasih.Tapi kini Ramlah Nor sudah kahwin dengan Karim Ishak pemuda
kampung sebelah yang bekerja sebagai pelombong minyak Petrolah.Kata orang gaji
si Karim Ishak 20 ribu ringgit Malaysia sebulan, Wah! Untung la badan si Ramlah
Nor.
Kelihatannya perut si Ramlah Nor membusung
sarat mengandung,sambil menjinjing tangan anak kecil berusia lebih kurang 5
tahun.Lalu di tegur nya Ramlah Nor sedang mereka semakin hampir.”Wah bukan main
sombong lagi ‘gefren’ lama aku ini,jalannya saja mengengkang sampai aku pun
engkau tidak perasan ya Ramlah’’ kata Mat Jenin.”ek eh! Abang Nin tidak perasan
pula Ramlah” kata Ramlah Nor.”Abang Nin dengar cerita orang kampung Abang Nin
baru balik dari negara barat ya?, tak ada ke buah tangan untuk Ramlah” kata
Ramlah.”Aku pergi sana atas urusan kerja,mana ada masa nak beli-beli buah
tangan ni, bukankah suami engkau tu kaya kenapa tidak diajaknya melancong ke
luar negara boleh la engkau membeli belah puas-puas” kata Mat Jenin dengan nada
agak keras.”Ala! abang ni cakap sikit pun mau marah tau.Abang Karim tu mana la
ada masa,sepanjang masanya di dengan minyak sahaja bila dia balik akulah yang
jadi mangsa orang minyaknya,itu yang membusung perut aku ini” Kata Ramlah
Nor.”Sudahlah Ramlah malas aku hendak melayan engkau ini, aku sekarang kena
memandang ke hadapan,bila bertemu engkau ini aku teringat pula masa belakang
aku.Sudahlah aku berangkat dahulu” kata Mat Jenin meninggalkan si Ramlah Nor
terkontang kanting bersama anak kecilnya.
Malam itu Mat Jenin tidak lena tidurnya
memikirkan apa tindakan seterusnya di masa akan datang untuk meneruskan
cita-citanya menjadi orang kaya yang bias membeli kereta-kereta mewah seperti
Mercedes dan BMW.Makin bertambah sakit hatinya bila teringatkan perihal orang
minyak itu.Malam itu si Mat Jenin tidur-tidur ayam sahaja, tidak lena pula
tidurnya.
Keesokannya seusai mandi,Mat Jenin
bersiap-siap mahu ke gerai nasi lemak Mak Jah janda yang baru kematian suaminya
kerana serangan strok.Masalah ketagihan rokok rakyat Malaysia hari ini semakin
menjadi-jadi, walaupun Kerajaan sudah menaikkan harga rokok berlipat kali
ganda,masih juga si penegarnya terus menyedutnya.Malah dibelinya pula
rokok-rokok seludup yang mana kadar racunnya lebih merbahaya, lalu datanglah
berbagai penyakit seperti gangren,barah paru-paru,sakit jantung,strok yang
akhirnya membawa kepada kematian.Setibanya di gerai nasi lemak Mak Jah
janda,Mat Jenin membungkus nasi lemak berlauk ayam rendang dan kacang
lebih.Lalu dia beransur ke kedai Osman Majid sambil mengenakan sarapannya di
situ.”Hai kata lepas balik dari negara barat ni dah taknak lepak kedai kopi
kampung kononnya tak ada kelas” sapa Salim Bai warganegara Bangladesh yang
sudah bermastautin dinegaranya dengan nada sindir.Mat Jenin hanya buat bodoh
sahaja tidak pula dia melayan si Salim Bai itu.
Seusai mengenakan sarapannya Mat Jenin
hanya melepak sambil melayan akhbar Harian Metro yang muka depannya bertajuk
‘Kampung Serambi dua diserang orang minyak’.Sedang Mat Jenin khayal melayan
akhbar itu tiba-tiba dia disapa oleh seseorang,”Assalammualaikum” Abdul Jono
seorang ahli perniagaan dari Singapura menyapanya.”Waalaikumsalam” jawab Mat
Jenin.Abdul Jono memperkenalkan dirinya kepada Mat Jenin.Katanya baru sampai
dari Singapura menziarahi rumah mentuanya di sini.
Maka selepas Bergelas-gelas kopi yang
mereka kenakan,bermacam-macam lah cerita yang di keluarkan mereka,tentang
negara baratlah,singa berekor ikanlah,tarian lilinlah,orang minyaklah.Tetapi
satu topik yang sangat menarik minat si Mat Jenin.Cerita tentang Tender
kerajaan.Katanya si Abdul Jono ini sering berulang alik dari singapura ke
Putrajaya mengambil tender.
Maka berceritalah si Abdul Jono “Encik Gein
tahu tak,saya pernah dapat dana tender buat longkang untuk bangunan kerajaan
sahaja saya boleh beli kereta BMW 7 series ini dengan membayar secara tunai”
kata Abdul Jono sambil jarinya menuding kearah kereta mewahnya.Mat Jenin
sangatlah amatnya teruja dengan cerita si Abdul Jono itu.Tidak dia sangka
dengan hanya buat longkang sahaja boleh membeli kereta mewah.”Saya selepas ini
pulang ke Putrajaya lagi ingin mengambil tender untuk buat papan tanda
pula.Kelihatannya saya seperti kekurangan kakitangan,sudikah Encik Gein menjadi
rakan sekerja saya untuk tender yang akan datang ini?.Mengikut pengiraan saya
jika selepas siap semua papan tanda ini keuntungannya lebih kurang 2 juta
ringgit.Boleh kita bahagi dua”.”Wat! ayu serius,don pelay wif mai hati ai am
sensetif gai tau orangnya”.Kata Mat Jenin tiba-tiba ‘speaking London’.Tersedak
Abdul Jono tika asyik meneguk kopi kelatnya itu.
“Saya memang serius Encik Gein, didalam
perniagaan saya memang seorang yang serius.Kerana saya telah di didik sedari
kecil lagi oleh ibu bapa saya tentang perniagaan kerana kedua orang tua saya
juga ahli perniagaan yang berjaya dan juga bergelar jutawan.Kata bapa saya
dalam perniagaan tidak kenal saudara walaupun anak dan bapa,kerana itulah saya
sudah 10 tahun tidak bertemu dengan bapa saya kerana kami bergaduh kerana saya
pernah tersalah buat pelaburan yang hanya bernilai 10 ribu Dolar Singapura”
kata Abdul Jono.”Cuba Encik Gein bayangkan dengan habuan 1 juta ringgit yang
Encik Gein dapat macam-macam Encik Gein boleh lakukan.Dengan wang itu juga
boleh mengubah hidup Encik Gein tidak perlu lagi lepak di kedai kopi buruk
ini,makan nasi lemak di gerai-gerai, Encik Gein akan tinggal di
perumahan-perumahan mewah yang selesa,tiada lagi gangguan orang minyak” kata
Abdul Jono.
Sungguh teruja si Mat Jenin, sedang Abdul
Jono menggomel seorang Mat Jenin pula sedang berkhayal yang bukan-bukan.Setelah
lebih 4 jam disitu, 4 gelas kopi seorang lalu mereka pun masing-masing meminta
diri untuk pulang selepas bertukar nombor telefon dan berjanji akan berjumpa
lagi selepas ini.Lalu Mat Jenin pun bergegas pulang ke rumah sambil fikirannya
berkhayal-khayal untuk menjadi orang kaya.
Selepas pertemuannya dengan Abdul Jono
kehidupan Mat Jenin sudah banyak berubah.Tender papan tanda mereka telah
diluluskan kerajaan,mereka telah mendapat dana dan kerja mereka berlangsung
dengan cemerlang sekali.Dan akhirnya Mat Jenin sudah boleh berseronok-seronok
dengan habuannya diterimanya.Maka dengan habuannya yang pertama sekali Mat
Jenin Melaburkan dahulu didalam Bursa Saham,tuahnya mendatang wangnya menjadi berlipat
kali ganda,memang Mat Jenin ini orang yang bijak.Lalu di robohnya pula rumah
pusakanya di binanya pula rumah Banglo 4 tingkat siap dengan ‘lif’ dan
‘eskalator’ didalamnnya.Dibina pula kolam renang di luar banglonya sehingga
kedalam banglonya.Lalu di belinya pula kereta idamannya Mersedes Benz keluaran
terbaru edisi terhad yang mana harganya hanya presiden di negara barat dan dia
sahaja yang mampu membelinya.Hidup Mat Jenin kini betul-betul sudah berubah.
Sesudah puas dengan harta dalam negara Mat
Jenin mahu meluaskan kekayaannya hingga ke luar negara pula.Maka berangkatlah
Mat Jenin kembali ke negara barat.Tetapi kali ini dia betul-betul di sambut
dengan karpet merah,disambut pula oleh presiden negara barat itu,lalu mereka
mengadakan persetujuan perniagaan maka seusai itu semakin bertambahlah harta si
Mat Jenin di luar negara.
Selepas berseronok-seronok di negara barat
hilang pula keinginan ingin pulang ke tanah air.Mana tidaknya Rumahnya disana
bagaikan istana binaan Shah Jehan,kereta mewahnya sudah lebih dari 20 buah,
bertemu pula dengan gadis idaman hati anak ‘Mat Saleh’ berketurunan Perancis
berkacuk Latin bernama Louise Ashley seorang peragawati terkenal negara barat
itu.Lalu berkahwinlah mereka menjadi perkahwinan terkenal seluruh dunia
sehingga menggegarkan kampungnya dan orang-orang di kampungnya termasuklah
kekasih lamanya si Ramlah Nor yang sedang menangis teresak-esak dan bapanya si
Sulaiman Ismet menyesal tak sudah Khairul Supian masih tidak selesai lagi
hutang ptptn nya dan orang minyak tidak lagi mengganas kerana sudah bertaubat.
Hidup Mat Jenin bagaikan berada di Syurga
sehinggalah pada suatu hari si Mat Jenin bergaduh dengan isterinya sedang Mat
Jenin memandu kereta mewahnya melusuri
jalan pulang kerumah.Isterinya si Louise Ashley
memarahi si Mat Jenin kerana membelikannya rantai emas yang beratnya
tidak sampai sekilo.Akibat dari tekanan yang di berikan oleh isterinya Mat
Jenin berasa emosi yang teramat sangat lalu dia menekan pedal minyak keretanya
dengan sangat kuat hingga menyebabkan kereta mewahnya meluncur dengan laju lalu
hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan,lalu menyebabkan kemalangan.
Didalam kemalangan itu Mat Jenin dan
isterinya si Louise Ashley tercampak keluar kereta dan melayang keudara dan
pada saat itu barulah Mat Jenin sedar bawasanya dia sedang berkhayal di tengah
jalan dan telah dilanggar oleh sebuah kereta mewah yang seperti dikenalinya,
apabila dia melihat didalam kereta itu terpandang dia bawasanya si pemandu itu
adalah Abdul Jono dan di belakang kereta itu ternampaklah dia Mohamad Mokhtar
Salam, wakil rakyat adun kawasan kampungnya,rupa-rupanya si Abdul Jono itu hanyalah
pemandu kepada wakil rakyat itu.Sebelum Mat jenin Terhempas ke tanah sempat
juga dia terpikir.Bagaimana pula dengan tendernya,dananya dan apatah lagi
habuannya.Mat Jenin mati ditempat kejadian kerana pendarahan yang teruk
dikepala.
- Yusoff Maulana -

Fuh! Fuh!
ReplyDelete*tarik nafas sat..semput plak sebab dah lama tak baca cerpen/novel..heheehee*
:)